Monday, June 29, 2009

Laporan Lawatan ke Cameron Highland

Pada 20 dan 21 Jun 2009, Kelab Persatuan Bimbingan dan Kaunseling serta sebahagian daripada Kelas Rancangan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 telah membuat lawatan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi bersama-sama lapan orang guru pengiring.

Semasa dalam perjalanan, tayar bas pelajar lelaki meletup. Jadi, kami sampai ke destinasi bukan pada masa yang ditetapkan. Kami berehat sebentar di R&R Tapah, Perak. Selepas itu, kami menyambung semula perjalanan.

Tempat pertama yang kami lawati apabila sampai ke Tanah Tinggi Cameron ialah ladang teh. Permandangan ladang teh itu sungguh menarik dan kami sempat menangkap gambar untuk membuat kenangan. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata Cameron Highland untuk makan tengah hari.


Kemudian, kami melawat kawasan pertanian MARDI Cameron Highland. Terdapat banyak bunga-bunga, strawberi dan lain-lain. Tempat itu sungguh menarik dan indah. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami iaitu Country Lodge Resort, Berinchang. Kami berehat sebentar dan selepas itu, kami diberi taklimat dan pesanan untuk aktiviti yang seterusnya. Pada pukul 6 lebih, kami dilepaskan di pekan Berinchang hingga pukul 10 malam.

Pada pukul 10 malam, kami berehat sebentar dan menunaikan solat. Selepas itu, kami bermain di belakang apartmen itu. Pada pukul 11 malam, kami dikehendaki masuk ke bilik untuk berehat. Tapi, hampir kesemua pelajar tidur lewat.

Pada keesokan harinya, kami perlu bangun pada pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan barang- barang. Selepas itu, kami pergi bersarapan. Selepas bersarapan, kami terus bertolak pergi ke ladang strawberi. Tempat itu sungguh menarik.

Kemudian, kami pergi ke taman kaktus. Di situ terdapat banyak jenis kaktus yang berlainan. Kaktus itu dijaga dengan baik sekali. Selepas itu, kami pergi ke taman rama-rama. Rama-rama di situ cantik dan dilepaskan di dalam sangkar yang besar. Kami boleh masuk ke situ dan menangkap gambar rama-rama itu.

Selepas itu, kami pergi ke pasar sayur. Ramai pelajar yang membeli sayur-sayuran untuk ibu mereka. Ladang bunga ros pula berdekatan dengan pasar sayur. Bunga ros yang ada di situ cantik-cantik dan menarik perhatian orang ramai.

Seterusnya, kami pergi ke ladang sayur-sayuran. Terdapat perlbagai jenis sayur-sayuran yang subur.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang. Kami berhenti di perhentian Tapah kira-kira pada pukul 7 malam untuk makan dan solat. Pada pukul 10 lebih, kami sampai ke sekolah.

Lawatan ini memberikan manfaat yang besar kepada kami semua. Terima kasih kepada guru-guru yang telah membawa kami ke Tanah Tinggi Cameron ini.



Laporan disediakan oleh,
Siti Awatif & Amir Alif.

30 JUN 2009





Friday, June 5, 2009

Cuti Pertengahan Tahun 2009

Hahaha,About Cuti Kali Ni,SuperNaem telah pergi bercuti ke sunway bersama platun-platun KRS yang lain.Beliau terfikir hendak membawa rakannya yang bernama Syakir .Malangnya Syakir tidak dapat ikut kali ini.Jadi Si Naem yang bodoh ini tidak membawa sebarang duit pun(Ade lah Jugak,dalam RM 5.00).Luckily,kawannya yang bernama Rizal mahu turut serta dengan KAMI(ahli KRS).So,Naem "pow" la sikit duit dia.Seronok jugak la,ade makan-makan buffet,)walaupun aku belum abis bayar)Paling seronok masa kami "conquer" arcade.Habis Si Kelate(Akmal Hafiz) rosakkan stereng kereta OUTRUN,haha.Pastu pasal gambar,penuh gambar Dinie ngan Adib(KRS lagi).Seronok beno diorang pegang kamera.Tapi memang seronok la sebab masa aku datang sana,duit aku lima ringgit je,balik umah,poket aku diisi dengan RM10.Entah macammana duit tu boleh ade dalam poket aku,pelik jugak.




THE END - Naem