Sunday, July 19, 2009

Pesan Tangan Kepada Jari

Sajak ini bermaksud kita perlulah memilih seorang ketua untuk menyatukan sesebuah masyarakat. Pemimpin yang dipilih perlulah memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang baik seperti berpegang kepada prinsip kebenaran yang berlandaskan kepada keimanan dan ketaqwaan. Penyajak juga mengingatkan kita supaya berhati-hati dalam tindakan apabila menjadi ketua atau pemimpin, supaya tidak terpesong daripada landasan dan keluhuran budi kerana seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak buah yang dipimpinnya. Secara tidak langsung, seorang pemimpin berperanan menentukan sejarah dan kehidupan masyarakatnya.

Awatif

No comments:

Post a Comment